Polaris World

By: Polaris Rahman

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Saturday, 31-Jan-2009 05:09 Email | Share | | Bookmark
Pulau Mabul-Sipadan

Gambar-gambar ni diambil masa bulan hujung Disember 2008. Baru hari ni sempat upload sebab semua gambar-gambar ni aku simpan kat HD lain. Kalau nak pergi ke Pulau Mabul ni, kena naik bot lebih kurang dalam 45 minit ke 1 jam. Tambang bot lebih kurang dalam RM700 utk perjalanan pergi dan balik. Ada pakej sebenarnya. Boleh tido kat sana, tapi aku dengan rakan2 kerja yg lain cuma pergi utk satu hari je. Pegi pagi balik petang.

Gambar yg diambil taklah banyak sangat...sebenarnya hari tu 5 hari aku kat Sabah. Kami ada lawatan kerja ke Tawau dan Semporna.

Tapi sepanjang 5 hari tu aku demam, disusuli dgn batuk yang boleh tahan teruknye... . Telinga pulak sakit, sebab masa turun dan naik kapalterbang telinga kiri aku tak boleh nak tahan rasa sakit...memang rasa tak selesa sungguh. Tapi bertahan jugalah. Tak mau menyusahkan kawan2 n bos...Telan 4 biji panadol active fast pun tak jadi apa. Pun sekali lagi alergic dgn ubat sebab tersalah ambil ubat. Banyak betul penyakitnye masa gi Sabah ni. Balik dari Sabah, gi klinik, doktor kata dlm telinga aku bengkak...masih belum begitu baik sampai la hari ni...hidung ni macam tersumbat je...maybe effect dari telinga...

So gambar2 tak banyak sgt yang dapat aku ambil. Walau dalam hati teringin sangat nak rakamkan pemandangan menarik kat Pulau Mabul. Sampai kat sekolah di Pulau Mabul, semua org pegi pusing Pulau. Tapi aku...duduk le tersandar kat tangga sekolah...tapi tak pe lah jugak...daripada menyusahkan semua org nanti, baik berehat je...tu belum masuk bab hilangkan pas masuk ke Sabah...nasib baik tak duduk lokap...baik jugak la bos cool je...

Quote:
Jangan carik gambar aku kat sini...saje tak masukkan...muka dah jadik satu macam je sebab demam n batuk...


Apa pun masih seronok walau dalam masa yang sama rasa entah apa-apa sebab keadaan kesihatan yg kurang baik...terima kasih buat rakan2 di PKG Tawau dan PKG Semporna di atas layanan baik anda semua. Umur panjang, insyallah akan ke sana lagi.

http://www.impressions.com.my/sipadan/mabul/main.htm


Bos ngan kawan2 masa transit kat KK


dari KK ke tawau...tah apa nama pulau kat bawah tu..masa transit kat KK n bertolak ke Tawau, telinga aku sakit yg teramat sangat...tak leh nak cakap sakitnye...


Kuhara Court di Tawau...stay 1 hari...esoknya ke Semporna


Kapalai Resort, Sipadan




Monday, 26-Jan-2009 15:53 Email | Share | | Bookmark
Pertemuan...

Pertemuan yang sering dinanti-nantikan...biasanya aku memang tak pernah melepaskan peluang untuk bertemu saudara-mara terutama dalam majlis perkawinan sebegini...

Bagi aku yang jarang berkesempatan untuk balik ke kampung, majlis sebegini cukup dinanti-nantikan. Seronok bertemu saudara-mara terutama mak saudara dan sepupu...cuma kali ni tak dapat berbual panjang...pun tak dapat berjumpa semua sepupu aku...

Paling aku suka bila terbau tanah gambut di kampung ku ini...memang kelakar bunyinya...tapi itulah realitinya...masa kecik2 dulu, bila sebut je balik kampung, aku orang pertama siap...seronoknya dah tak terkata...

Teringat tapai ubi mak long...nanas dan kelapa muda tok aku yang sering jadi sasaran setiap kali balik kg...masak lemak pucuk paku...mmmmm....sedapnya...bestnya







Monday, 26-Jan-2009 14:27 Email | Share | | Bookmark
Yong & Hady

Selamat Pengantin Baru buat Yong & Hady. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat...insyaallah

Quote:
First time ambil gambar pengantin tanpa sifu n kawan2 yg sama sewaktu dengannya...harap2 yong gembira dengan hasilan aku ni...











Tuesday, 13-Jan-2009 07:08 Email | Share | | Bookmark
Everything is new...

Ni sebahagian telatah adik-beradik aku n anak buah aku yang sempat aku ambil masa buat family day ari tu kat Pengkalan Balak, Melaka. Semuanya secara addhoc...tapi oleh sebab lebih separuh daripada family aku cikgu...semuanya berjalan lancar...sampai bab sukaneka pun boleh reka masa tu jugak...tahniah le kat Kak Long n Andak...orang kuat family day kita orang. Harapkan aku, entah bila jadinya. Hampir semua tarikh yang dipilih tak kena dengan masa aku...tapi akhirnya jadik jugak...walau tak semua ada...tapi e'thing is ok. Semoga tahun 2009 ni dapat jalankan sekali lagi





Tuesday, 13-Jan-2009 06:47 Email | Share | | Bookmark
My Kamus

Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli dan menjadi pengedar My Kamus Edisi 5.0 bolehlah berhubung terus dengan :

Quote:
Rafidah / Azmi :012-6389847 atau terus ke alamat web http://www.mykamus.com

Harga pasaran : RM120.00






[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net