Polaris World

By: Polaris Rahman

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Sunday, 15-Feb-2009 05:01 Email | Share | | Bookmark
Matahari ku

Sekejap tadi terdengar lagi lagu kegemaran ku..."Matahariku"...nyanyian Agnes Monica.
Aku sukakan liriknya yang begitu mendalam...setiap kali terdengar...begitu menyentuh jiwa.

Yup...matahari...subjek kegemaran ketika menggunakan kamera...walau ke mana saja aku pergi...matahari tetap menjadi subjek kegemaran...

Cahayanya yang memancar ketika menjelang siang...senja...cukup menarik perhatian ku...Ni antara koleksi "Matahari ku" sejak aku mula menggunakan kamera DSLR. Entah kenapa tiba2 tergerak hati untuk menjadikannya sebagai kolaj.

Quote:
Matahariku : Agnes Monica

Tertutup sudah pintu .. pintu hatiku
Yang pernah dibuka waktu hanya untukmu
Kini kau pergi dari hidupku
Ku harus relakan mu walau aku tak mau

Berjuta warna pelangi didalam hati
Sejenak luluh bergening menjauh pergi
Tak ada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi

Dengarlah matahariku suara tangisanku
Ku bersedih kerna panah cinta menusuk jantungku
Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
Tentangku yang tak mampu menaklukan waktu

Berjuta warna pelangi didalam hati
Sejenak luluh bergening menjauh pergi
Tak ada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi




Monday, 9-Feb-2009 13:41 Email | Share | | Bookmark
Gerhana Bulan Penumbra

Gambar yang baru diambil sekejap tadi...ingatkan gerhana bulan penumbra tu macam gerhana bulan yang biasa...hehehe...

Quote:
Gerhana Bulan Penumbra Isnin Ini


KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Orang ramai di seluruh Malaysia berpeluang menyaksikan Gerhana Bulan Penumbra Isnin ini selama empat jam bermula 8.39 malam.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dalam satu kenyataan hari ini berkata gerhana itu merupakan gerhana penumbra paling mudah dilihat dengan mata kasar (boleh dilihat di semua negeri) kerana 89.9 peratus daripada cakera bulan berada di bayang penumbra Bumi semasa fasa maksimum.

"Secara amnya gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa yang sama Bulan melintasi bayang Bumi.

"Gerhana ini akan bermula dengan fasa satu (penumbra) pada 8.39 malam waktu Malaysia. Gerhana maksimum pula akan berlaku pada 10.38 malam dengan bulan akan keluar sepenuhnya dari bayang penumbra Bumi (fasa empat) pada 12.38 pagi," katanya.

Sementara itu, Angkasa juga akan menganjurkan Program Pencerapan Gerhana Bulan Separa (Penumbra) di Planetarium Negara bermula 8.30 malam hingga 12 tengah malam.

Menurut Angkasa, penduduk di Alaska, Hawaii, Australia atau Asia Timur akan berpeluang menyaksikan keseluruhan gerhana ini berlaku manakala penduduk di Kanada Barat serta Amerika Utara pula menyaksikan gerhana ini sebelum Bulan terbenam.

Orang ramai dijemput hadir menyaksikan fenomena ini menerusi beberapa buah teleskop yang disediakan dan bagi yang tidak berkesempatan ke Planetarium Negara, siaran langsung boleh disaksikan di laman web www.angkasa.gov.my bermula 8.30 malam hingga 12 tengah malam.

-- BERNAMA






ni alamat web buat sapa2 yang berminat nak tau apa dia gerhana bulan penumbra:

http://www.exploratorium.edu/eclipse/why.html


Friday, 6-Feb-2009 16:29 Email | Share | | Bookmark
Sungai Rembau



Hari ni ingat nak cuti...sebab rasa letih betul dengan kursus tu...otak rasa penuh je...tapi tak jadi...nak gi keje...kunci tertinggal dalam kete...pukul 12.30 baru dapat keluarkan. Jadi Mc Gyver ari ni...masuk ari ni tah berapa kali dah jadik macam tu...

Balik dari ofis dekat pukul 6...cover balik masa pagi tadi...tu pun tak cukup sebenarnya...tapi takut da..tinggal kat ofis sorang2...

On the way balik ke rumah...nak singgah taman tasik kat Rembau...hajat hati nak makan nasi goreng ayam...sambil2 tu kononnya nak amik gambar sekali...tapi kedai tutup...so terus ke gerai makan kat Sg Rembau...

Walau pun tempat ni tak jauh dari rumah...tapi masuk hari ni, baru dua kali aku singgah...padahal dari kecik sampai la hari ni aku memang tinggal kat Rembau...

Malas sebenarnya nak masuk ke sini, sebab bila nak keluar dari tempat ni agak berbahaya...ada selekoh yg menghalang pemandangan pemandu kenderaan yang nak keluar menghala ke arah Tampin... ...biasanya jalan tu memang sibuk sebab tak jauh dari 'trafic light' untuk masuk ke Pekan Rembau.

sebab tu walaupun tempat ni cantik...baru cuma dua kali je aku datang...




Friday, 6-Feb-2009 12:49 Email | Share | | Bookmark
Kursus MYSQL


Ni masa last day kursus...dapat la jugak sijil kehadiran...



Yang berdiri tu...tok guru MYSQL kita org...



aku...de one n only pompuan...ada gak kena buli skit2...tapi bese lah...buli gak dia org balik




our bos...En. Azizi



Thursday, 5-Feb-2009 13:11 Email | Share | | Bookmark
Admiral Cove_Port Dickson


Quote:
Gambar-gambar ni aku ambil petang semalam selepas beberapa hari tak keluar dari asrama BTPN. Hari ni otak rasa ok sikit selepas 2 hari, siang dan malam mengadap komputer. Sampai rasa nak termuntah dibuatnya .

Dah lama tinggalkan bab web script ni...rasa teruk betul. Hari ni rasa ok....bukan apa...sebab dah ketinggalan sebenarnya...tak boleh nak catch up dengan tok guru yg mengajar...last2 jadik tukang pantau n tukang masuk data je...

Bukan aku sorang...kawan2 yang ikuti kursus yang sama pun dah ramai yang lesap. Ingatkan aku sorang yg mabuk web script...rupa2nya dia org pun...sebab sebelumnya nampak macam bagus je...

Semua dah tak tahan...tok guru cakap...kalau tambah je lagi satu hari...mau daripada 15 tinggal 3 or 2 orang je...ye la...mana tak mabuk...org belajar web script ni bertahun...kita org belajar 4 hari...tapi akhirnya selesai jugak la hari ni...tq buat Tuan Hj Abd Rahman dari BTPN Johor...yang sabar dengan kerenah kita org sepanjang kursus dijalankan...








[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net